BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PENGENALAN



FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Dalam Islam, pendidikan adalah wajib. Pendidikan bukan setakat melatih akal tetapi juga rohani, jasmani, tingkah laku serta akhlak berasaskan nilai-nilai yang ditetapkan dalam Islam agar individu menjadi insan yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Hal ini adalah ke arah kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Falsafah Pendidikan Islam adalah berasaskan Al-Quran. Pernyataannyan seperti berikut :

“Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah  mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.”